Wednesday, 18 March 2015

INGIN MENJADI JUTAWAN INTERNET ?

Mengikut hadis Nabi S.A.W. 9/10 pintu rezeki datangnya dari berniaga. Malah, jika dilihat dari satu sudut, semua pekerjaan yang kita lakukan adalah suatu bentuk perniagaan. Dewasa ini perniagaan di internet telah berkembang luas, menjanjikan pendapatan yang lumayan.

Ayat-ayat al-Quran juga banyak menyentuh mengenai perniagaan. Jelaslah bahawa berniaga adalah suatu pekerjaan yang digalakkan dalam Islam. Mencari keuntungan atau kekayaan bukanlah suatu halangan, seperti pada Surah al-Jumaat, ayat 10, yang bererti:
"Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menguruskan urusan masing-masing) dan carilah apa yang kamu hajati daripada limpah kurnia Allah serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan supaya kamu berjaya di dunia dan akhirat)."
Ayat ini menjelaskan Allah tidak menghalang seseorang mencari sebanyak mana dari nikmat Allah s.w.t. yang mereka suka termasuk daripada perniagaan, tetapi seharusnya kita tidak mengabaikan suruhanNya.
Tidak dinafikan, seseorang yang berniaga akan mendapat lebih banyak kebebasan dalam pelbagai segi. Bukan hanya dari segi masa, tapi juga dari segi bagaimana pendapatan dijana, sumber pendapatan tersebut dan untuk apa keuntungan kemudiannya digunakan.
Berniaga juga membuka ruang yang luas untuk bersedekah dan membantu orang lain, seperti memberikan peluang pekerjaan kepada fakir miskin atau orang kurang upaya. Setiap manusia sudah ditentukan rezeki masing-masing. Maka seelok-eloknya kita menggunakan rezeki yang dikurniakan itu untuk membantu golongan lain pula.

Perniagaan internet merupakan salah satu aktiviti perniagaan yang menggunakan internet sebagai medium pemasaran yang juga  dikenali sebagai e-dagang.  

Urusan jual beli antara peniaga dengan pengguna dijalankan melalui Internet. Di Malaysia, aktiviti perniagaan Internet semakin terkenal dan mendapat sambutan pada masa kini, selaras dengan kemajuan dan infrastruktur internet. 

Perniagaan Internet dijalankan oleh hampir semua golongan masyarakat. Bermula  daripada  syarikat-syarikat besar, malah terdapat juga syarikat kecil dan orang perseorangan menjalankan perniagaan Internet, samada secara sepenuh masa mahupun sebagai pekerjaan sampingan.


Perniagaan Internet memberikan kelebihan iaitu urusan jual beli dapat dijalankan dengan lebih mudah dan cepat di samping menjimatkan kos. Tiada kos penyewaan kedai diperlukan. Peniaga tidak perlu mempromosikan produk mereka di luar seperti mengadakan promosi di tepi-tepi jalan, pasar raya dan tempat-tempat awam yang lain. Para peniaga juga boleh membuat promosi dengan mudah iaitu mengiklankan setiap produk mereka dengan menggunakan kemudahan Internet. Kerja-kerja promosi bukan sahaja dapat dijalankan dengan mudah, malahan kosnya juga dapat dikurangkan, antaranya kos pengangkutan dan tenaga kerja dalam aktiviti promosi. Keadaan ini turut memudahkan pelanggan dalam urusan pembelian barang. Pelanggan tidak perlu membuang masa untuk membuat tempahan di kedai malah boleh membuat tempahan melalui Internet sahaja.


Perniagaan diinternet amat luaskan kawasan pasarannya hingga pergi di serata dunia. Sebagai contohnya, produk Malaysia seperti pencuci muka bukan sahaja tertumpu di dalam negara sahaja, malah boleh meluaskan pasarannya ke luar negara juga seperti Indonesia, Filipina, Singapura, India, mahupun Amerika Syarikat.

Penjualan barang di luar negara bukan sahaja memperkenalkan jenama produk Malaysia, malah memberi keuntungan besar di samping meningkatkan ekonomi negara. Hal ini berikutan wujudnya pertukaran mata wang asing dalam aktiviti jual beli antara Malaysia dengan negara luar mula berminat terhadap barangan dari Malaysia dan mula menyebarkan berita tersebut kepada rakan-rakan mereka.